Wednesday, June 24, 2009

kisah 3 bulan...

selamat datang Rejab...
selamat datang Rejab...
ketahuilah wahai Rejab...
kedatanganmu takkan kami raikan....
jika bukan kerana Ramadhan...

selamat datang Rejab...
selamat datang Rejab...
ketahuilah wahai Rejab...
engkau tidak bernilai apapun...
jika tidak kerana Ramadhan...

selamat datang Rejab..
selamat daatang Rejab...
ketahuilah wahai Rejab...
engkau mengingatkan kami kepada Ramadhan yang akan datang...

Ramadhan...
bulan keagungan..
bulan keberkahan...
bulan keampunan....

ahlan ya Ramadhan...
ahlan ya Ramadhan...
kedatanganmu kami rai...
kami sambuti...

ahlan ya Ramadhan...
ahlan Ya Ramadhan...
kami gembira dengan kedatanganmu..
sepertimana gembiranya kaum Ansar menyambut kedatangan Nabi....

ahlan ya Ramadhan...
ahlan ya Ramadhan...
ketahuilah Ramadhan..
aku ada berita sedih untukmu...
di zaman ini ramai orang menunggu kehadiranmu...
tetapi ketahuilah..
mereka menuggu kehadiranmu kerana ingin meraikan bulan selepasmu...

ahlan ya Ramadhan..
ahlan ya Ramadhan...
janganlah Engkau bersedih Ramadhan...
kerna disini masih ada yang menanti kehadiranmu...

welcome Syawal...
welcome Syawal...
kehadiranmu menggembirakan setengah pihak...
dan mendukakan setengan pihak....

welcome Syawal..
welcome Syawal...
kehadiranmu menandakan hari Raya Aidilfitri..
hari kemenangan...
hari kejayaan....

Rejab...
bulan persediaan...

Ramadhan..
bulan perubahan...

Syawal...
bulan kemenangan....

Sunday, June 21, 2009

bersama...tetapi berbeza..

kehidupan ini tidak boleh lari dari berkawan,
kawan itu kita yang pilih,
keputusan ada di tangan kita,
maka buatlah keputusan dengan sebaik2nya....

aku juga berkawan,
tetapi konsepa ku lain,
bersama,tetapi berbeza,

aku tetap penuhi undangan kawan2 jika diundang,
aku tetap berkawan sepertimana yang lain,

aku berkawan bukan kerana harta atau apa,
tetapi kerana ingin mencari seorang sahabat,
dan juga kerana da'wah ini,

ingatlah sabda Rasulullah:
"seseorang itu berada diatas agama kawannya,maka lihatlah kamu siapa kawannya"
benarlah kata Rasulullah,
aku pernah berkawan dengan orang2 yang tidak baik,
maka aku jadi seperti mereka,
sehingga aku melakukan perkara2 yang bila aku fikir kembali aku rasa bodoh,

kini,
Allah mempertemukan aku dengan orang yang berjuang di jalan Nya,
syukur ku ke hadrat Ilahi,
aku dipertemukan  dengan insan2 ini,

ingin aku tanamkan dalam jiwa para dai',
satu konsep iaitu:"bersama tetapi berbeza",

berbeza dari segalanya,
kerana apa yang ada dalam hati akan ternampak di luarnya...

tugas aku hanya menyampaikan....
hidayah hanya milik Allah.....

semoga bermanfaat untuk para dai' dan semuanya...
amin...

Monday, June 15, 2009

sedarkah kita...dua bulan lagi Ramadhan

pejam celik,pejam celik....

tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Rejab....ini menandakan 2 bulan lagi Ramadhan akan mengunjung tiba...
tetapi...
ramai yang tidak sedar bahawa Ramadhan akan datang menyapa kita 2 bulan lagi....bagaikan tidak percaya...tapi itulah realitinya...Ramadhan akan tiba 2 bulan lagi.....begitu pantas masa berlalu...kita masih terleka dengan dunia kita...namun bukan isu dekatnya Ramadhan yang ingin aku bawakan disini....tetapi isu apakah persiapan kita menjelang Ramadhan....

kita kembali kepada zaman Nabi....para sahabat sanagt2 merindui kedatangan bulan Ramadhan...

kita?????????????

masih terleka dengan dunia sendiri.....bergelumung dengan dosa2.....kemaksiatan....Ramadhan bagai tidak langsung memberi apa2 makna kepada kita.....

oleh itu...
buat diriku dan sehabat2....
sambutlah kedatanag Ramadhan ini dengan hati yang ceria...

Ramadhan....
bulan keberkahan...
bulan keampunan...
bulan kerahmatan....
bulan yang terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan....

semoga Ramadhan mengubah kita menjadi lebih baik...
amin..

Thursday, June 11, 2009

kenangan Sabah

azzam
mursyid
dari kiri:Abbas,Thalhah,Nonol,Ayyid
akan ku tawan ini puncak!!insyaAllah
saat menunggu..

Wednesday, June 10, 2009

damba..

saat aku menulis ini aku sedang sendirian...
kawan-kawan aku yang lain semua keluar...mugkin sedang berseronok disana...
tetapi aku disini sendiri....
memang benar aku ditemani olah kitab2 dan artikel2 menarik...
tetapi hati ini mendambakan seorang sahabat..

ade orang kata sahabat dan kawan same je..
bg aku tidak...
sahabat lebih tinngi maqomnya dari kawan...
sahabat akan bersama kita sepanjang masa...
kawan hanya bersama kita apabila ada masa & kehendak...

aku jadi teringat pada satu kata2...
"aku mencari sahabat selama 50 tahun..tetapi aku hanya menjumpai setengah sahabat"
ada benarnya...
kehidupan ini sunyi...
tanpa sahabat yang selalu mengajak kita kearah kebaikan...
kearah ketaqwaan...
dan kearah ihsan...
aku sering melihat...
satu persahabatan yang terjalin...
tetapi pada akhirnya..
terputus jalinan itu...
Syabab Umah pernah berkata..
"rahsia ukhuwwah adalah saling bertolak ansur & saling mendoakan serta berasaskan keimanan kepada Allah"
ada logiknya...
semoga ukhuwwah ini terus terjaga...
hingga ke akhirnya...
&semoga..
kita bertemu di syurga...
amin...

Wednesday, June 3, 2009

sabah




harini aku dh smpai Sabah....naik flight Mas....2 jam 2o minit perjalanan..penat gak la..


dalam perjalanan tadi...mule2 aku diapit oleh dua makcik...tue dh..hehe..skali makcik tu kate sambil tertawa:


"kalau mude x pe jgk nk apit2..ni dh tue.."aku tergelak gak...


pastu apu pon pindah tmpt..supaye x diapit 2 makcik td...selesai satu masaalah..


tu masaalah aku...ni masaalah untuk pramugari plak nk melayan karenah makcik tue...


"dik,bwk tron plastik makcik tu ltak bwh..hancur kuih aku pne tenyeh beg org laen"




"x bleh makcik...ni tmpt emergency..x leh ltk brg kt bwh nie.."




lalu berlaku lah perdebatan kat situ..aku memerhati jela...skali pramugari td mengalah..die ltak beg makcik tu kt dpan supaya x ditenyeh beg org laen lg..


puas ati makcik tue..




perjalanan berjalan...waktu2 begini...tidurlah yg plg best..hehe...


lps tdo kjap..makanan pon dtg..ape lg..makan la..tgh2 mkn tu aku smbg dgn makcik sblh aku tue..


"kau ni asal mane?"


"saye dari amapng makcik.."


"oo..makcik slalu pergi dngr ceramah hari ahad kt masjid dsana"


pahamlah aku...kalau hari ahad x lain x bkan kuliah Ustaz Yasin d Masjid KDE.


aku pon sembang2 lg...skali die offer aku tanah die dkt dgn KLIA..


"nti kau bgtau bpk kau ckp nenek nk jual tanah.."


kitorang pon tkar2 nombor...


skali makcik tu kate..


"dpt boyfriend baru lg aku..."


haha..lawak btol makcik nie...




sesudah sampai di Sabah...aku menginap di hotel nivotel...mase aku tulis nie tgh tgu mk msok blik...hotel die best gak la..hehe..

Tuesday, June 2, 2009



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya, Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya, Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,

Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam, Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW, Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,

Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,

Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh KematanganLelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,

Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,Di Situlah Rumah Impiannya,Bersama Wanita Acuan Al-Quran. bersama kita berusaha membina generasi al-qur'an.

(( Menjadi TUA adalah sebuah kepastian,
Tetapi menjadi DEWASA adalah sebuah pilihan
..))
smoga bermanfaat untuk aku dan ummah..

sebuah cerita


assalamualaikum....

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum
kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang
diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena
tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit
seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap
mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu?
Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean,
apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana
kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta
sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli
roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang
seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya
melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa
menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda
kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People"
menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati
sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut
itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di
sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan
mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit
sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening
berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain
tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal
mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik
suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan
saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu. Sebenarnya, isteri
saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya
tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."
Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain
supaya tak menganggu anda makan."
Apa rasa kita masa itu?
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu
hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu
menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda?
Wallahualam